---
Semua orang berak dan menghasilkan tahi. Setelah meneliti dengan teliti dan tertib, artikel ini akan membincangkan tentang berak dan tahi.
1. BERAK
Berak adalah sesuatu kelakuan semulajadi semua makhluk hidup, tetapi artikel ini akan fokus kepada berak manusia.
Berak akan terjadi apabila tahi telah penuh di 'kuala buntut', ataupun nama saintifiknya, 'rektum'. Berak sebenarnya hasil pencernaan dan penghadaman makanan. Adalah patut di titik beratkan di sini, lain-lain makanan akan menghasilkan lain-lain jenis berak.
1.1 Jenis-Jenis Berak
Berak boleh di bahagikan kepada beberapa jenis. Penulis pasti semua orang pernah mengalami jenis-jenis berak berikut, dan jika ada tersilap atau terlupa untuk di tulis, maafkan penulis.
Berikut adalah jenis-jenis berak:
- Berak biasa - berak yang tiada apa-apa yang istimewa mengenainya. Tahi keluar dengan mudah dan biasanya tahi berwarna coklat yang biasa sahaja. Berak ini bererti si pemberak makan cukup zat, cukup fibre dan cukup air.
- Berak sembelit - berak yang kurang zat, kurang air dan kurang fiber. Berak ini di karektiristikkan dengan kesakitan di lubang buntut, seperti ada sesuatu yang keras hendak mengjenguk keluar. Tahi biasanya busuk dan warnanya boleh kehitam-hitaman, dengan cebisan-cebisan darah kerana lubang buntut terluka.
- Berak cirit - berak yang keluar ketulan separa cecair ataupun sepenuhnya cecair. Berlaku kerana terlebih air, terlebih fibre, terlebih zat.
- Berak meletup - berak yang di sertai dengan kentut. Di gelar berak meletup kerana biasanya tekanan kentut akan memercikkan partikel-partikel tahi merata-rata.
2. TAHI
Tahi adalah hasil makanan yang tercerna dan akan di keluarkan dalam proses berak. Ia boleh datang dalam pelbagai bentuk, warna dan tekstur.
2.2 Jenis-Jenis Tahi
Berikut adalah jenis-jenis tahi yang biasa
- Tahi sihat - berwarna coklat keperangan, teksturnya tidak terlalu keras, tidak terlalu lembut. Mudah di berakkan. Biasanya panjang seperti sosej yang tebal. Umpama Nutella yang berada di suhu bilik. Mudah di sapu atas roti. Baunya biasanya tidak terlalu busuk, tetapi baunya boleh berlegar-legar di jamban.
- Tahi sembelit - biasanya kehitaman, bertekstur kasar dan keras, umpama nenas yang cair, ataupun kulit ayam Hot & Spicy di KFC. Saiznya berbeza-beza; kadang-kadang kecil seperti coklat M&Ms, ataupun sebesar nugget ayam KFC yang berwarna hitam, dan kadang-kala besar, panjang dan keras seperti ular yang memakai baju kostum nenas dan ingin berparti. Umpama kuih cakar ayam. Sangat sukar untuk di sapu atas roti. Baunya biasanya bau celaka.
- Tahi ular - tahi yang lembut, biasanya kecoklatan dan di gelar ular kerana ia panjang dan tidak putus-putus. Umpama peanut butter. Mudah di sapu di atas roti.
- Tahi lembik - tahi yang hampir cirit, tetapi masih ada tekstur. Biasanya keluar daripada lubang buntut seakan-akan coklat Choki-Choki. Warnanya bergantung pada makanan yang telah di cerna. Tahi ini jika tersapu pada seluar, sukar untuk di cuci.
- Tahi Cirit - tahi yang telah cair sepenuhnya. Keluar bagaikan milkshake (jika pekat) ataupun kuah kacang yang ingin di tuangkan ke atas sate. Warnanya boleh coklat, hitam, ataupun perang cair. Sangat mudah untuk di sapu di atas roti. Busuk.
------

2 of you said:
hey, suka hati je samakan tahi dgn mknn!!
lolx
sangat grafik.
Post a Comment